Ads

Sabtu, 30 Mei 2015

Surah Motivasi Terbaik Dalam Al-Quran

By SPG  |  12:15 PG No comments


Assalamualaikum w.b.h. Tuan-puan yang dimuliakan Allah s.w.t,

Al-Quran punya segala-galanya. Bila kita sedih, Quran ada banyak cerita yang boleh buatkan kita ceria. Bila kita 'down', ada banyak surah yang mengandungi 1001 tips motivasi, bagaimana hendak bangkit semula. Antaranya adalah surah Ad-Dhuha. Saya kongsikan email yang saya terima daripada Ustaz Ashraf Ayob untuk tatapan semua. Moga bermanfaat.

Makna ayat

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
  1. Demi waktu dhuha,
  2. Dan malam apabila ia sunyi-sepi -
  3. (Bahawa) Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu, dan Ia tidak benci (kepadamu, sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik).
  4. Dan sesungguhnya kesudahan keaadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya.
  5. Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat) sehingga engkau reda - berpuas hati.
  6. Bukankah dia mendapati engkau yatim piatu, lalu la memberikan perlindungan?
  7. Dan didapatiNya engkau mencari-cari (jalan yang benar), lalu Ia memberikan hidayah petunjuk (dengan wahyu - Al-Quran)?
  8. Dan didapatiNya engkau miskin, lalu Ia memberikan kekayaan?
  9. Oleh itu, adapun anak yatim maka janganlah engkau berlaku kasar terhadapnya,
  10. Adapun orang yang meminta (bantuan pimpinan) maka janganlah engkau tengking herdik;
  11. Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya.

 


Kandungan Surah Ad-Dhuha penuh dengan nasihat motivasi terbaik dari Tuhan. Jika anda rasa 'down', rasa tak best, kurang bersemangat, patah hati, keliru, ditipu, tonton video terbaru TAJWID FORENSIK SURAH DHUHA di atas.

Saya bukan setakat mengupas bentuk kesalahan tajwid yang sering berlaku dalam surah ini ketika kita membacanya, tetapi lebih dari itu, saya bahaskan bagaimana surah ini mampu 'menerbangkan' semangat anda semula setelah ia 'jatuh terduduk'.

Jika ia mampu bangkitkan semangat Rasulullah s.a.w, sudah tentu, formulanya mujarab juga untuk kita, umat Rasulullah s.a.w.

Moga bermanfaat utk masa depan bacaan Al-Quran kita.

Terima kasih

Us Asraff Ayob


P.S :
Boleh sebarkan kepada rakan2, bila bacaan Al-Quran mereka makin berkualiti, anda dapat tempias pahala amal jariah ilmu, free.
Untuk mendapatkan panduan tajwid lengkap anda boleh lihat ciri-ciri Al-Quran Qordoba di bawah:


Pengarang: SPG

Assalamualaikum. Sekadar berkongsikan sedikit pengetahuan dan pengalaman sebagai pendidik, peniaga online dan offline. Moga sedikit membantu kelangsungan hidup kita yang diamanahkan sebagai seorang khalifah. InsyaAllah.

0 ulasan:

Langganan via E-mail

Recent Articles

© 2014 Bizz of Life. WP themonic converted by Bloggertheme9. Powered by Blogger.
TOP